Wednesday 8 February 2012

Majlis Jemputan Perkahwinan Norlina & Riduan

Salam kawan-kawan semua..

Gang Admin blog ingin mengumunkan pada semua bekas-bekas pelajar kolej intake jan_2001 cik Norlina kita akan menamatkan zaman bujangnya bersama orang yang tercinta pada:

  • 25hb Februari 2012 
  • bertempat di Kampung Telok Belanga, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.

Hang pa tak kenai sapa dia ni geng tepek pic ni kat bawah nghee...



Okey dah tengok dan kenai. Ce tengok plak peta ke rumah bakal pegantin kita ni kat bawah:-



 kad jemputan dari mereka berdua =) nampak klasik !
 
erk.kalu rasa-rasa dok nampak pe kata hok pi tengok kt fb dia ek hiii...
 
Okeylah geng nak cau dulu sebelum tu nak ucapkan selamat pegantin baru untuk cik Norlina manis semoga segala urusan majlis tersebut akan berjalan lancar dan moga- moga kekal ke hujung nyawa dari admin dan warga geng ktyag. 
 
 
Pesanan: Lina sorii aku curik pic ko haa..jangan mare ek.


Wednesday 20 July 2011

25/09/2010- 01 Gathering KLCC KTYAG

Salam semua sahabat..

Bertemu lagi di pena yang kedua. Kali ini Admin ingin kongsikan pertemuaan pertama pada 25/09/2010 di KLCC Kuala Lumpur.

Malas nak cakap banyak ayuh cuci mata tengok gambar-gambar dibawah ini..


Ini antara yang hadir dalam sesi perjumpaan yang pertama :). Okeylah dari tak der langsungkan. 


Waktu ini mengalas perut makan sambiil bertanya khabar masing-masing.


Hawa dengan makanan memang tak dapat nak dipisahkan . 
Sebab tu dema pakar dalam bab masak-memasak kat ceruk dapur. Erk ada kaitan ker..heee..
Mazu, siapa bawak kuih raya lagi untuk kami. Sedap2 harap pertemuan akan datang masing2 akan bawak sikit kuih raya yer.


Waktu ini dah selesai makan tengahari. KAMI tertunggu-tunggu gak siapa yang datang tapi nampak gayanya dah nak waktu zohor sapa pun tak der yang muncul huuu..


 Masa ini sibuk nak pose. Anak Mazu dah terlena dipangkuan ayahnya. Anak kak Nanie nak lepas tak mau berpegang, Anak admin pulak gian nak berjalan pasal tak bawak kasut dia meronta-ronta untuk dilepaskan.


 Gambar dari jarak dekat. Tak silap gua Lina yang snap gambar ni. Yer ker? urm...
Sori Admin pelupa gak cam korang hiii..


Rasanya dalam banyak-banyak gambar yang ni nampak cantik.
Korang rasa camner?


Yang ini pengasuh kami nghee...Lina mana?


Sudah puas makan-makan kami terus ke Masjid yang berhampiran sekitar KLCC.
Yang ada anak kecil biasalah mandi, tukarkan lampin semua hee..
Ni memag ibu2 soleh tau.


Admin tak dapat bertandang ke rumah kak Nanie sebab nak balik ke Ipoh. 
Admin suka ini budak dia punya memek muka ada banyak GARANG hoo....
Walaubagaimanapun agak sedih bila berpisah rasa cam tak puas beb..dah lama tak jumpa huhu..


 Anak-anak yang memeriahkan suasana sepanjang perjumpaan berlangsung.
ERk jangan tak tahu perjumpaan yang kedua Insyallah bakal bertambah. :)

Sekian wassalam..

Friday 15 July 2011

Selamat Datang Semua

Salam Ukwah buat kawan-kawanku..

Alhamdulillah akhirnya blog ini ditubuhkan juga walaupun tidak semuanya dibangunkan namun kerja-kerja menggerudi, menaikkan taraf bangunan 90 tingkat maklumat sedang giat diusahakan sedikit - demi sedikit. 


Blog ini dibangunkan atas saranan sahabat kita dari sistem komputer Mohd Rahmat Ibrahim. Pada asalnya blog ini dicadangkan pada dua nama dominan blogspot. Cadagan pertama datangnya dari Azrulsyam Ahmad Rozla http://JanAG-2001.blogspot.com dan cadangan yang kedua dari pihak admin sendiri http://Janclub2001.blogspot.com. Setelah sebulat suara bola mendapat kata sepakat dari beberapa teman maka dengan ini pihak admin memilih dominan yang dicadangkan seperti yang tertera di search bar.

Tujuan utama blog ini dibina bagi mengimbas, memberi maklumat terkini,dairy perjumpaan sesama kita dari semasa ke semasa supaya masing-masing boleh melihat arkib lama dan baru sepanjang tahun. Semoga titik permulaan blog ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat sokoganyang pada dari semua batch Jan 2001

Segala idea dan sumbangan gambar-gambar semasa dan selepas kita menuntut di KTYAG_Jan2001 amat-amat dialu-alukan oleh umi selaku pihak admin di blog ini nghee. Kawan-kawan bolehlah menghantarkannya di emel ktyagjan2001@gmail.com.

Insyallah blog ini akan di update dari semasa ke semasa.

Terima kasih daun keladi..
Kalau boleh datanglah lagi..